RENUNGAN

Teman sekeluarga menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada yang mengenali secara langsung mahupun tak langsung. Jikalau ada terlanjur kata maaf dipinta. Termakan terminum harap dihalalkan. Selamat Hari Raya Edulfitri.

Sabda Nabi S.A.W.:

Ertinya: Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan
(terhadap redha Allah), nescaya dia akan diampuni oleh Allah akan segala dosanya yang terdahulu.
(Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Tahukah Anda:-
Puasa bertindak menghancurkan sisa racun/toksik dalam darah manusia dan memberi kesegaran pada otot-otot serta mampu memberi imbangan dalam darah.

Monday, November 9, 2009

Sunday, November 8, 2009

Kawasan Perkelahan Ulu Chepor

Mandi-manda di Rekreasi Ulu Chepor









Monday, October 19, 2009

Jamuan Hari Raya Kg. Hijrah


Jamuan sempena menyambut raya Eidulfitri bagi Kg. Hijrah, RPT Batu 10, Ulu Chepor, Jln. Jelapang telah diadakan pada 17 Okt 2009 jam 3.00 ptg.
Bacaan doa telah pimpin oleh Imam surau As-Syakirin iaitu Us. Hj. Ahya Arif dan selepas kami telah dihidangkan dengan buah durian yang dibawa oleh En.Wahi..durian kg....wow sedap nye....lemak berkrim.





Menu istimewa pada hari tu ialah "Nasi Mandi' yang mana seekor ayam dipotong dua dan lauk pauk dilongokkan diatas nasi digaul dan  dimakan atas daun pisang beramai-ramai. Ini dapat mengeratkan lagi persaudaraan dan ukhwah sesama kami.






Salah satu menu istimewa ialah Ikan Talapia Merah bakar....pergh.....





Sambil makan kami dihiburkan dengan celoteh oleh DJ Omar.....dan pukulan kompang oleh kumpulan Cik Jamil (Yayasan Perak).
Boleh tahan juga majlis hari tu....meriah le jugak......AKU HARAP...DAPAT  LE JADI ACARA TAHUNAN...





Friday, October 2, 2009

Tragedi Bangunan Runtuh di Fair Park


Kebetulan malam  tu aku lalu kat situ tengok orang ramai tengah kecoh2, aku pun cargas le ngan SLR aku tu..tembak le apa yang patut.
Jumpe lak kicap ngan mock dgn aksi masing2.

Nih.... ckit untuk tatapan.
Sejibik macam gempa bumi kat Padang, Indon.

dlm tragedi tu 2 remaja melayu mati dan sorang cedera dihempap runtuhan bangunan. yang mati adalah dalam kereta Perodua Viva plat no WRV 7533.(gambar kanan)


Friday, September 25, 2009

KENANGAN HARI RAYA


KAMI SEKELUARGA MOHON RIBUAN KEMAAFAN JIKALAU ADA SALAH DAN SILAP, TERMAKAN TERMINUM HARAP DIHALALKAN KEPADA RAKAN TAULAN DAN YANG MENGENALI KAMI INI.
Raya tahun ni teman beraya kat rumah mentua di Kg. Ulu Chepor. Petang raya ketiga baru teman balik beraya di kg teman di Bukit Gantang.





Anak bongsu aku sibuk nak bergambo dengan baju raya.                                                                                            

Monday, September 14, 2009

Majlis Berbuka Puasa


Majlis Berbuka Puasa Jabatan Perhutanan Negeri Perak Dan PERKSPER (Persatuan Kebajikan Sukan  Jabatan Perhutanan Negeri Perak)








KP dan PPN sedang menyampaikan sumbangan raya kepada anak-anak yatim.










Bergambar bersama anak yatim.( yang bersampin tu aku le, bukan pengantin atau anak yatim.)

KP,PPN dan pegawai kanan bergambar bersama sama anak yatim yang diraikan.
Salah satu hidangan istimewa pada majlis tu ialah Cendol....yang membuatkan perut aku memulas....

Tuesday, September 8, 2009

BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM AL-RAUDAH



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, program yang telah dirancang telah berjalan dengan jayanya pada 6.9.2009 dengan kehadiran kawan2 dari forum & kawan2 luar yang memeriahkan program kali ini.

Program yang bermula pada pukul 6.30 ptg dengan tazkirah ramadhan oleh En Omar, penaung asrama kepada penghuni asrama, ( rasanya budak2 tu x faham apa satu pun sbb masa tu Geng Ipoh tgah dok shoot jer diorang, tgh cover pose la masing2 ).. catering tiba pada jam 7.. agak lewat.. tapi bila tiba saja waktu berbuka, Alhamdulillah semuanya telah tersedia. Setalah menjamu juadah ringan, kami sama2 solat Maghrib berjamaah. Kemudian kami sambung belasah santapan utama selepas solat.

Memang sedap juadah berbuka kali ni, Ayam Madu, Nasi Beriani, Kurma Daging, Sirap Selasih, Bubur Lambuk dan Buah Tembikai.. ( hehe.. meleleh air liur kome ek ). Lepas makan, rehat2 kan perut sekejap, bagi turun sikit smbil menyaksikan gelagat anak2 yg seronok sbb da kenyang. Tapi belum habis lagi... Kami keluarkan aiskrim coklat pulak sebagai pencuci mulut ( thn lepas pun bg aiskrim gak..hehe ) ..

Dalam masa menikmati aiskrim yang sedap tu, slideshow gambar dari seisi program yang lepas ditayangkan pada penghuni asrama. Selesai saja seisi tayangan slideshow, masa untuk bergambar pun bermula.

Seisi bergmbar pada tahun ini ada sedikit kelainai, kesemua gambar yang telah diambil, akan dicetak pada masa yang sama . Masa tu berebut2 la anak2 yatim tu pilih gambar. Memang meriah kerana mereka dapat melihat terus output dari seisi bergambar .

Kesemua gambar2 dipotong dan dilekatkan atas kertas kad hitam dan ditampalkan pada dinding asrama sebagai kenang kenangan untuk mereka..

Kesimpulan untuk program kali ini, kami berjaya menghiburkan penghuni Anak Yatim Ar-Raudhah dan ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada kali ini dan juga kepada Hamba Allah yang memberi sumbangan kepada mereka. Semoga segala yang telah diberikan akan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.

Amin.