RENUNGAN

Teman sekeluarga menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada yang mengenali secara langsung mahupun tak langsung. Jikalau ada terlanjur kata maaf dipinta. Termakan terminum harap dihalalkan. Selamat Hari Raya Edulfitri.

Sabda Nabi S.A.W.:

Ertinya: Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan
(terhadap redha Allah), nescaya dia akan diampuni oleh Allah akan segala dosanya yang terdahulu.
(Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Tahukah Anda:-
Puasa bertindak menghancurkan sisa racun/toksik dalam darah manusia dan memberi kesegaran pada otot-otot serta mampu memberi imbangan dalam darah.

Tuesday, September 8, 2009

BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM AL-RAUDAH



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, program yang telah dirancang telah berjalan dengan jayanya pada 6.9.2009 dengan kehadiran kawan2 dari forum & kawan2 luar yang memeriahkan program kali ini.

Program yang bermula pada pukul 6.30 ptg dengan tazkirah ramadhan oleh En Omar, penaung asrama kepada penghuni asrama, ( rasanya budak2 tu x faham apa satu pun sbb masa tu Geng Ipoh tgah dok shoot jer diorang, tgh cover pose la masing2 ).. catering tiba pada jam 7.. agak lewat.. tapi bila tiba saja waktu berbuka, Alhamdulillah semuanya telah tersedia. Setalah menjamu juadah ringan, kami sama2 solat Maghrib berjamaah. Kemudian kami sambung belasah santapan utama selepas solat.

Memang sedap juadah berbuka kali ni, Ayam Madu, Nasi Beriani, Kurma Daging, Sirap Selasih, Bubur Lambuk dan Buah Tembikai.. ( hehe.. meleleh air liur kome ek ). Lepas makan, rehat2 kan perut sekejap, bagi turun sikit smbil menyaksikan gelagat anak2 yg seronok sbb da kenyang. Tapi belum habis lagi... Kami keluarkan aiskrim coklat pulak sebagai pencuci mulut ( thn lepas pun bg aiskrim gak..hehe ) ..

Dalam masa menikmati aiskrim yang sedap tu, slideshow gambar dari seisi program yang lepas ditayangkan pada penghuni asrama. Selesai saja seisi tayangan slideshow, masa untuk bergambar pun bermula.

Seisi bergmbar pada tahun ini ada sedikit kelainai, kesemua gambar yang telah diambil, akan dicetak pada masa yang sama . Masa tu berebut2 la anak2 yatim tu pilih gambar. Memang meriah kerana mereka dapat melihat terus output dari seisi bergambar .

Kesemua gambar2 dipotong dan dilekatkan atas kertas kad hitam dan ditampalkan pada dinding asrama sebagai kenang kenangan untuk mereka..

Kesimpulan untuk program kali ini, kami berjaya menghiburkan penghuni Anak Yatim Ar-Raudhah dan ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada kali ini dan juga kepada Hamba Allah yang memberi sumbangan kepada mereka. Semoga segala yang telah diberikan akan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.

Amin.

No comments:

Post a Comment