RENUNGAN

Teman sekeluarga menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada yang mengenali secara langsung mahupun tak langsung. Jikalau ada terlanjur kata maaf dipinta. Termakan terminum harap dihalalkan. Selamat Hari Raya Edulfitri.

Sabda Nabi S.A.W.:

Ertinya: Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan
(terhadap redha Allah), nescaya dia akan diampuni oleh Allah akan segala dosanya yang terdahulu.
(Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Tahukah Anda:-
Puasa bertindak menghancurkan sisa racun/toksik dalam darah manusia dan memberi kesegaran pada otot-otot serta mampu memberi imbangan dalam darah.

Monday, October 19, 2009

Jamuan Hari Raya Kg. Hijrah


Jamuan sempena menyambut raya Eidulfitri bagi Kg. Hijrah, RPT Batu 10, Ulu Chepor, Jln. Jelapang telah diadakan pada 17 Okt 2009 jam 3.00 ptg.
Bacaan doa telah pimpin oleh Imam surau As-Syakirin iaitu Us. Hj. Ahya Arif dan selepas kami telah dihidangkan dengan buah durian yang dibawa oleh En.Wahi..durian kg....wow sedap nye....lemak berkrim.





Menu istimewa pada hari tu ialah "Nasi Mandi' yang mana seekor ayam dipotong dua dan lauk pauk dilongokkan diatas nasi digaul dan  dimakan atas daun pisang beramai-ramai. Ini dapat mengeratkan lagi persaudaraan dan ukhwah sesama kami.






Salah satu menu istimewa ialah Ikan Talapia Merah bakar....pergh.....





Sambil makan kami dihiburkan dengan celoteh oleh DJ Omar.....dan pukulan kompang oleh kumpulan Cik Jamil (Yayasan Perak).
Boleh tahan juga majlis hari tu....meriah le jugak......AKU HARAP...DAPAT  LE JADI ACARA TAHUNAN...





No comments:

Post a Comment